CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 8, 2009





Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA Johor Bahru Ditubuhkan pada 12 Januari 2008 iaitu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA . Di mana idea membentuk Alumni ini diasaskan oleh Encik Azrin Bin Zakaria iaitu salah seorang bekas penuntut di sekolah ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penaja Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru Berdasarkan pencalonan dan undian yang dijalankan semasa meyuarat dijalankan.
Pengerusi
Encik Azrin Bin Zakaria
Naib Pengerusi
Encik Anwar Bin Apandi
Setiausaha
Cik Raja Nor Haniza Binti Raja Sulaiman
Naib Setiausaha
Encik Ahmad Naim Bin Muzammil
Bendahari
Cik Adila Binti Zakaria
Ahli Jawatankuasa
Encik Abdul Wafi Bin Abdul Tohir
Puan Azliza Abdul Shukor
EncikKannan A/L Manohar
Encik Mohd Haziq Bin Mustapha
Encik Omar Nor Bin Abu Bakar
Encik Syed Muhd. Zakwan
Puan Yusrimah M.Yusof

Tujuan Alumni ini dibentuk terbahagi kepada 2 tujuan iaitu : -
Tujuan Am :

~ Berusaha mempertahankan,menegakkan dan mempertahankan dan memperkembangkan Agama Islam, Agama Rasmi Negara.

~ Menjadi pemangkin kepada penyatuan,penyusunan dan pengemblingan tenaga untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam pembangunan Negara.

~ Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia bagi memperkembangkan pontensi individu secara menyeluruh yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

~ Di samping melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri,keluarga, masyarakat dan Negara.

~ Mewujudkan sikap bermoral dan berektika serta budaya menyayangi yang mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama.

Tujuan Khas :

~ Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA,Johor Bahru.

~ Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikkan dan pengukuhan kedudukan ekonomi ahli serta bersedia memberi bantuan seaadanya dalam sebarang kesulitan.

~ Berusaha mengaplikasikan dan menguasi teknologi maklumat bagi memelihara kepentingan ahli alumni pada masa kini dan akan datang.

~ Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan rohani dan jasmani.

~ Memberi sokongan kepada kerajaan dan badan bukan kerajaan, badan-badan lain yang sesuai.

Keahlian buat masa ini dianggarkan seramai 720 orang ahli yang mendaftar melalui Media Elektronik seperti Friendster,Ning.com dan juga Facebook.Selain itu,Keahlian juga didaftar melalui borang-borang yang diedarkan.
Keahlian terbuka kepada bekas pelajar dan juga kepada guru-guru yang pernah / sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru.